Tuesday 2 December 2014

VISI , MISI LOGO KOPERASI SMK PANDAN INDAH BHD





VISI
Perkhidmatan Berkualiti , Kecemerlangan Dikongsi,Kebajikan Dipelihara


MISI

Melestarikan perkhidmatan yang berkualiti  untuk menjadikan Koperasi SMK Pandan Indah Bhd  sebagai salah satu koperasi sekolah yang cemerlang di Zon Ampang tanpa meminggirkan  kebajikan ahli-ahlinya.

LOGO

CONTOH KERTAS KERJA MENAIKTARAF KOPERASI




KERTAS KERJA MENAIKTARAF KOPERASI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANDAN INDAH BERHAD
ANJURAN : KOPERASI  SMK PANDAN INDAH  BHD

1.0             PENDAHULUAN
Kejayaan Koperasi Sekolah Malaysia telah dijadikan contoh oleh banyak negara lain yang ingin menerapkan semangat berkoperasi kepada generasi muda bermula sejak di peringkat sekolah. Sekarang ini, hampir 90% sekolah menengah telah menubuhkan koperasi sekolah. Kewujudan koperasi sekolah bukanlah semata-mata untuk mencari keuntungan yang tinggi, tetapi lebih kepada memupuk minat seseorang murid menceburi bidang perniagaan. Secara tidak langsung, ianya diharap dapat membudayakan keusahawanan di kalangan murid dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan apabila tamat persekolahan nanti.

Kejayaan tersebut bukannya datang bergolek tetapi perlu diusahakan . Salah satu caranya ialah menggalakkan mereka berniaga dan memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah berusaha keras membangunkan koperasi sekolah.

Koperasi SMK Pandan Indah Berhad telah ditubuhkan pada tahun 2003. Dengan usia yang telah menjangkau 11 tahun pada tahun ini, kegiatan jualan koperasi ini hanya tertumpu kepada jualan pakaian sukan sekolah, tanda nama murid dan  minuman, Ini menyebabkan koperasi ini umpama kata pepatah  `hidup segan mati tak mahu’.

Justeru itu, dengan terbentuknya kepimpinan koperasi  yang baru, adalah menjadi hasrat kami untuk meletakkan koperasi SMK Pandan Indah Berhad ke satu kedudukan yang lebih tinggi dengan melangkah satu tapak ke hadapan iaitu dengan menceburi perniagaan peruncitan.     


2.0             OBJEKTIF
2.1               Menyediakan suasana koperasi yang lebih kondusif dan ceria
2.2               Menyediakan ruang dalam koperasi yang lebih luas dan terurus
2.3        Menyediakan prasarana yang sesuai untuk perniagaan peruncitan  


3.0         PELAKSANAAN
                Tarikh                 : November - Disember 2014
                Tempat                : Koperasi SMK Pandan Indah Bhd
               
4.0         KUMPULAN SASARAN
                Murid / Guru / Kakitangan SMK Pandan Indah


5.0         SENARAI  AHLI JAWATANKUASA
                5.1         Jawatankuasa Induk
                Pengerusi                           : Pn Hjh Kholimaton bt Hj Romli
                                                                  Pengetua SMK Pandan Indah
                Naib Pengerusi I              : Tn Dr Hj Ariffin bin Ba’ada
                                                                  Penolong Kanan Kokurikulum
                Naib Pengerusi II            : Pn Hjh Noorziah bt Kaliman
                                                                  Penolong Akademik dan Pentadbiran
Naib Pengerusi III           : Tn Hj Mohamed Hatta bin Abu Bakar
                                                  Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi IV           : Pn Hjh Thuaibah bt Abdul Rahman
                                                                  Penolong Kanan Petang
                Penyelaras                         : Pn Wan Razanah bt Wan Mohammad Zain
                                                                  Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional
                Pengurus Program         : En. Pamiriza bin Zainol
                                                                  Setiausaha Koperasi
                AJK                                        : En. Ahmad Ibrahim bin Alias
                                                                  En. Syahrul Najman bin Samsudin
 
6.0         Strategi Pelaksanaan
                7.1          Menyediakan Pelan Operasi/ Kertas Kerja  Program
                7.2          Memohon pengesahan dari Pentadbir
                7.3          Mesyuarat AJK Pelaksana / ALK
                7.4          Mendapatkan sebutharga dari kontraktor
                7.5          Pelaksanaan program
                7.9          Post Mortem
                7.10       Membuat laporan / dokumentasi












7.0         Anggaran Perbelanjaan
Bil
Butir-butir
Kuantiti
Harga seunit (RM)
Jumlah (RM)
1
Upah Cat

300.00
300.00
2
Memasang tiles pejabat koperasi

800.00
800.00
3
Memecah tingkap dan memasang roller station

2000.00
2000.00
4
Memecah dinding pejabat

150.00
150.00
5
Membuka dan memasang semula pintu koperasi

150.00
150.00
6
Menutup plywood luar dan dalam dan memasang cermin tingkap bagi pejabat

300.00
300.00
7
Membuka dan memasang semula 1 plug peti ais, plug computer, dan satu unit aircond

200.00
200.00
8
Menutup plywood kaunter asal dan memindah papan kenyataan

200.00
200.00
9
Memasang pintu kaca pejabat koperasi

720.00
720.00
JUMLAH BESAR
4820.00

8.0         Cadangan Sumber Kewangan
                9.1          Hasil keuntungan koperasi    
                9.2          Pendapatan   selepas diaudit (1 April 2013-31 Mac 2014) = RM102,055.00
                9.3          Untung Bersih selepas diaudit (1 April 2013-31 Mac 2014)   = RM  31,347.07                                       
                                      











10.0      Penutup
Adalah diharapkan segala usaha dan perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan dapat meningkatkan kemahiran murid menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan. Melalui program ini juga diharap dapat membantu kelab/persatuan/kelas menjana pendapatan untuk menggerakkan aktiviti masing-masing.

Disediakan oleh :                                                                                            

……………………………………..
(WAN RAZANAH WAN MOHD  ZAIN)                  
Penyelaras Koperasi SMK Pandan Indah Bhd                                   
SMK Pandan Indah                                                                        


Disemak oleh, :                                                                                                                                                                       
…………………………………..                                                             
(DR.HJ ARIFFIN BIN BA’ADA)
Naib Pengerusi Koperasi SMK Pandan Indah Bhd
SMK Pandan Indah                        

Disahkan oleh :               
……………………………………..
(HJH. KHOLIMATON BT HJ ROMLI)
Pengerusi Koperasi SMK Pandan Indah  Bhd
SMK Pandan Indah


SENARAI ALK / GURU KOPERASI DAN DESKRIPSI TUGAS


AHLI LEMBAGA PENGARAH KOPERASI SMK PANDAN INDAH BHD.

BIL
ALK
JAWATAN
DESKRIPSI TUGAS
1

Hjh Kholimaton bt Romli

Pengerusi
        Mempengerusikan semua mesyuarat koperas
              Menandatangani semua cek yang dikeluarkan oleh koperasi
2

Dr. Hj Ariffin bin Ba’ada

Naib Pengeru  si 
   si          Membantu Pengerusi menjalankan dan menguruskan semua tugas-tugas di koperasi
Ø  Menjalankan semua tugas-tugas semasa ketiadaan Pengerusi
3

Wan Razanah bt Wan Mohamad Zain

Penyelaras Koperasi
Ø  Membantu Pengerusi menguruskan koperasi
Ø  Menguruskan kedai koperasi dan melaporkan kemajuan koperasi kepada ALK
Ø  Menguruskan dan memajukan blog koperasi www.koperasismkpandanindah.blogspot.com
4

Pamiriza bin Zainol
Setiausaha
Ø  Menguruskan semua minit mesyuarat koperasi
Ø  Menguruskan semua mesyuarat koperasi
Ø  Menguruskan semua urusan dengan SKM/ANGKASA dengan persetujuan Pengerusi
Ø  Menyediakan kertas kerja yang berkaitan koperasi
5

Ahmad Ibrahim bin Alias

Bendahari
Ø  Menyediakan penyata kewangan koperasi
Ø  Mengawal dan menyelia buku lejar dan buku stok koperasi
Ø  Menandatangani semua cek koperasi bersama Pengerusi
6
 
Rosfazira bt Ramli

Muslihaza bt Abd Musikin
Juru Audit
Ø  Mengaudit akaun koperasi seperti diarahkan oleh SKM
Ø  Melaporkan semua keputusan audit kepada Pengerusi dari semasa ke semasa
7
Ain Syamimi bt Zahari

Amirah bt Yusof

Nur Nisa Adlina bt Mohd Hairaary

Mohd Radhi b. Hairol

Muhd Aidil Haziq b.
Mohd Damanhuri

Nursyafiq Aziman b. Mohd Syafiee

Siti Nurliyana bt Roslan

Nur Amanina bt Jamaluddin
ALK Murid
Ø  Menghadiri semua mesyuarat yang diadakan oleh Koperasi SMK Pandan Indah Bhd
Ø  Memberi cadangan / komen yang membina untuk meningkatkan kemajuan koperasi








 JK KOPERASI SMK PANDAN INDAH BHD DAN KEDAI KOPERASI


Bil
Nama
Jawatan
Deskripsi Tugas
1

Hjh Kholimaton bt Romli

 Pengarah Urusan
Ø  Mempengerusikan mesyuarat
Ø  Membuat keputusan tentang perjalanan dan urusan koperasi dan kedai koperasi SMK Pandan Indah Bhd.
Ø  Menandatangani semua cek koperasi bersama Bendahari

2

Dr. Hj Ariffin bin Ba’ada


 Timbalan Pengarah Urusan
Ø  Membantu semua urusan Pengarah Urusan
Ø  Menjalankan tugas-tugas semasa ketiadaan Pengarah Urusan
3


Wan Razanah bt Wan Mohamad Zain

  
Pengurus Besar
Ø  Merancang semua aktiviti perniagaan koperasi dan kedai koperasi SMK Pandan Indah Bhd
Ø  Melaporkan semua perkembangan dan kemajuan koperasi dan kedai koperasi SMK Pandan Indah Bhd kepada Pengarah Urusan dari semasa ke semasa
Ø  Memberi cadangan dan nasihat kepada Pengarah Urusan untuk memajukan dan mengembangkan koperasi dan kedai koperasi SMK Pandan Indah Bhd
Ø  Melaksanakan semua arahan dan urusan yang diberikan oleh Pengarah Urusan.


4

Suzila bt Zainal
Rosyatimah bt Mohd Samah


Pengurus Jualan
Ø  Menguruskan penjualan semua barang-barang yang ada dalam koperasi SMK Pandan Indah Bhd
Ø  Merekodkan semua barang yang telah dijual pada hari berkenaan
Ø  Merekodkan pendapatan jualan pada setiap hari jualan
Ø  Memaklumkan kepada Pengurus Belian barang-barang yang perlu ditempah / dibeli
5

Sharifah Norafizah
bt Sy. Zainal Abidin

Johana Idayu bt Mokhtar

  
Pengurus Belian
Ø  Menguruskan pembelian barang seperti yang dicadangkan oleh Pengurus Jualan dengan persetujuan Pengurus Besar
Ø  Merekodkan semua barang yang dibeli
Ø  Memaklumkan kepada Pengurus Besar tentang barang-barang yang ada di koperasi untuk tujuan promosi
Ø   
6
Azlinda bt Othman

 Pengurus Promosi
Ø  Melakukan promosi barang koperasi dari semasa ke semasa
Ø  Merancang kaedah promosi yang sesuai untuk melariskan jualan koperasi


7

Syahrul Najman bin Samsudin 
Alimaton bt Hj Ali


  
Pengurus Pendaftaran Ahli
Ø  Mengadakan promosi keahlian koperasi kepada semua murid tingkatan satu
Ø  Merekodkan keahlian ahli koperasi yang baru